Selasa, 27 Januari 2015

CHAPTER 20 : BINTULU the oil town

assalamualaikum dan selamat sejahteraa..

baru-baru ni, aku dapat tau yang ramai gak senior-senior dan rakyat Malaysia skang ni berpusu-pusu datang ke Bintulu.. dan, ramai gak agak keliru n tak tau nak merujuk ngan sape bile dah sampai kat Bintulu.. untuk itu, pada entry kali ni, aku akan bagi guidance untuk u all yang akan berkunjung ke Bintulu..

bintulu..? kat mane tuu..?

haaa.. Bintulu ialah salah satu bahagian dalam Sarawak, bukan Serawak ye..

untuk yang first-timer ke Bintulu, aku galakkan korang untuk terus membace ye..! 

selamat datang ke Bintulu, the oil town..!


thanks for reading..! owkay, skang, kite akan terus menjelajah ke Bintulu.. disebabkan aku anak kelahiran Bintulu, dan tinggal di Tanjung Kidurong, Bintulu, maka, di sini, aku akan fokuskan dengan Bandar Bintulu dan kawasan kejiranannye.. huhuhu.. which means, daerah Sebauh, daerah Tatau, n Daerah lain aku ta sentuh sangat, sbb aku pun ta explore agi kawasan tu.. hehehee..


1.0. ACCHANER NA KE BINTULU..?
 
untuk ke Bintulu, anda boleh datang melalui 2 jalan, yakni; jalan darat or jalan udara..


1.1.  Jalan Darat.
 disebabkan Bintulu terletak di tengah-tengah negeri Sarawak, korang boleh sampai ke Bintulu dengan jalan darat. iaitu korang leh memilih mode-mode pengangkutan seperti mbek bas or naek moto, or naek krete, lori n sebagainye kecuali kereta api.. sbb kat Sarawak xde kereta api ye.. kebanyakan orang memilih untuk menaiki bas.. kalau kat semenanjung (fokuskan kat KL), kalau na pgi utara, lain terminalnya, kalau na pgi selatan lain pulak terminalnye, n kalu na pgi panta timo pulak lain terminalnye.. tapi kat sarawak, perkhidmatan bas disediakan di terminal bas di setiap bahagian, memang totally menghubungkan ke kesemue bahagian di sarawak, dari Kuching, sampailah ke Limbang.. jadi, untuk ke Bintulu, korang leh mbek bas dari Kuching, Miri, Sibu n sumee lahh, pendek katenye..


Bas Asia Star - antara company bas kat Sarawak


dan sesungguhnya, terminal bas bintulu terletak berhampiran bandar Bintulu dan sesampainya di terminal bas Bintulu, anda boleh terus ke bandar Bintulu dan kawasan sekitar Bintulu dengan menaiki teksi (body merah + atap kuning), bas (bas Jepak = kaler kuning + hijau, n bas Bintulu = kaler kuning + putih).. disebabkan teksi di Bintulu xde meter, so korang kne bijak untuk tawar menawar dengan dirver teksi tersebut supaye tak kne kencing oleh dyorang.. kalau takat di kawasan bandar Bintulu, kos yer tak sampai RM30.. yer kire-kire RM15-25 gitu.. tapi, kalu na pgi kawasan luar bandar, aku cadangkan korang leh naek van sewa.. yer macam teksi gak tapi yer van (kaler putih + atap kuning).. cas yer lak ta sampai RM 20 sehingga ke pekan Tatau (kire - kire 50-60km dari pusat bandar).. kalau ke tempat lain, aku pun ta sure berape charge yer.. tapi, kalu nak macho ag, korang leh cari kereta sewa n drive sendiri kat Bintulu. yang ni aku higly recommend la.. sbb kat bintulu, korang akan banyak kesana kemari n jarang orang gune teksi kat Bintulu. n kalu dah jumpe kete sewa, jgn lupe pasang Waze..! :P


Teksi kat Bintulu


1.2. Jalan Udara...
selain jalan darat, korang gak boleh datang ke Bintulu melalui jalan udara, yakni; dengan flight.. Lapangan terbang Bintulu mampu untuk menampung pesawat dari yang kecik (twin otter) sehinggalah pesawat 747-F.. siyeeslyy.. sbb company kat bintulu selalu gne maskargo utk bwak peralatan n machinery dyorang masuk ke Bintulu..

Boeing 747F yang pernah landing kat Bintulu


so, kalau korang dari KL, korang leh simply book tiket kat airasia or kat mas n leh direct datang ke bintulu melalui KLIA or KLIA2 (siyesly direct, xde transit-transit bagai).. n furthermore, penerbangan ke bintulu, don worry, disediekan 7hari seminggu.. korang na datang hari-hari ke sini dari KL pun no hal.. wahahahahaa..


Bintulu Airport

2.0. SESAMPAINYE DI BINTULU.. 

2.1. PENEMPATAN SEMENTARA 

    Setibanya di Bintulu, kalu anda nak singgah ke mana-mana hotel, jangan risau, kat Bintulu ade banyak kemudahan hotel untuk anda menginap sementara waktu. Dari hotel mewah, hinggalah hotel bajet. Cadangan aku, kalu korang nak stay kat hotel, leh pilih hotel yang dekat ngn tempat beli barang seperti New World Suites, Parkcity Everly Hotel, Kemena Plaza Hotel, PromenadeHotel, hotel yang aku mention tu ialah antara hotel yang tinggi ckit la kos yer.

 
ParkCity Everly Hotel
     Untuk hotel bajet, leh stay di New World Motel, Riverfront Inn, Kemena Hotel.. kalu  datang ramai-ramai, leh stay kat apartment, ktorang ade ImperialSuites, Jinhold Apartment n bnyak ag.. kat cni agak kurang homestay yang dekat ngn Bandar. Tapi kalu anda ade transport sendiri, leh jew duduk kat homestay. Korang google jew, or cari kat fb. Memang ade yg offer homestay kat cni..

  
2.2.  PENEMPATAN TETAP



Di Bintulu terdapat banyak taman-taman perumahan yang boleh dijadikan tempat tinggal, dari rumah kos rendah, sehinggalah rumah banglo, dari flat, sehinggalah apartment, sumenye ade di Bintulu. Cume nak rajin cari je ag.

Disebabkan kebanyakan warga Bintulu terlibat dengan pekerjaan dalam industri gas, minyak, pembalakan dan industry berat, ditambah pula dengan harga tanah yang semakin meningkat dari hari ke hari, jangan hairan kalau harga rumah di Bintulu sangat tinggi berbanding dengan kawasan lain di Malaysia. Rumah sewa setingkat, 3 bilik di Bintulu boleh mencapai harga lebih kurang RM 1000..! tapi, kalu ade member-member yang tinggal di bintulu, boleh ajew tong-tong duit untuk bayar sewa rumah.
Kawasan penempatan yang ada di Bintulu antaranya ialah; Tanjung Kidurong, Bandar Jaya, Taman Jason, Sg Plan, n banyak lagi lah. Kalu korang dari airport nak ke pusat Bandar, memang korang akan jumpe mende alah ni nanti.



3.0. MAKANAN


Kebanyakan member aku yang akan ke sini of course akan tertanya-tanya mengenai makanan di sini. Al-maklumla, sini banyak masyarakat yang datang dari pelbagai latar belakang n membuatkan ramai org luar yang datang cni buat first time sangsi nak makan kat kedai makan. Untuk kali ni, aku fokuskan kepada makanan halal. Kat sini jangan risau, terdapat banyak kedai-kedai makan halal yang disediakan. InsyaAllah dijamin halal. 





Masakan di sini lebih kurang macam masakan yang terdapat di semenanjung. Tapi ade perbezaannya sedikit. Macamana perbezaannya? Dari segi rempah ratus yang digunakan, dari segi cara penyediaan dan banyak lagi. Tambahan lagi, kat sini memang jarang sekali ade gerai / warung kat tepi jalan, bawah rumah, yang bnyak terdapat kat semenanjung. Mybe sebab Majlis Perbandaran cni ketat kot dari segi bende mcmtu.. Kebanyakan kedai makan kat sini terletak di lot kedai. Antara sajian mereka, kalu sarapan, of course roti canai, dsb. Makan tengah hari lak, ade nasik berlauk or masakan panas, n malam, memang masakan panas.

Kebanyakan kedai makan di Bintulu ade nasik berlauk



Keistimewaan makanan yang ada di Bintulu ialah Mi Kolok, Mi Laksa Sarawak, Ayam Penyet n banyak lagi. Kalu nak makan steamboat? Jangan risau, kat bintulu ade bnyak kedai steamboat. Kalu kat Kajang ade Satey Kajang, Bintulu ade Satey Wan. Kalu kat semenanjung ade cendol, kat sini ade ABC Yen Hong n Cendoz. Nak makan makanan segera? Sini ade gak. Dari KFC, ke Marry Brown, dari Secret Recipe ke Big Apple, sini sume ade.. Nak masakan Pantai Timur? kat sini ade.. nak Masakan Utara? pun ade jugak.. Pendek katanya, tak perlu risaulah mengenai kedai makan kat Bintulu ni memang senang jumpa n insyaAllah halal. 

Reggae Grills - antara tempat hangout yang femes kat Bintulu


Antara kedai makan yang aku leh recommend, kalu kat area Pusat Bandar; Danish Café (Mi sapi terbaik), Famous Mama (masakan mamak terbaik), Muhibbah Café (Mi sapi terbaik). Kalu kat area Parkcity; Wan Dzul Café (Mi Laksa Terbaik, Mi Jawa Terbaik, Mi Kolok Terbaik), Sri Aroma (Roti Canai Terbaik n Tempat Lepak Terbaik), then kalu kat area Medan Raya; Srikandi (Ayam Penyet Bakar Terbaik), Popular Corner (tempat lepak terbaik) n food court terbaik ialah SEDC.. perghhh.. memang bnyak jenis makanan yang korang boleh pilih.. tempat makan yang lain banyak ag lah.. leh buat jalan-jalan cari makan.


4.0. KEMUDAHAN BELI-BELAH
bile dah sampai kat Bintulu, mesti korang blur kan, nak beli barang katne.. oleh itu, aku selaku warga Bintulu yang prihatin, aku bertanggungjawab utk membantu korang secara alam maya utk korang membeli barang-barang di Bintulu.
perlu diingat bahawa, Bintulu xde Tesco, xde Giant, xde AEON Jusco n sume tempat beli belah yang korang ade kat semenanjung. setakat ni la.. xtau kalu 2-3 tahun nanti tetibe ade Giant lak kan.. untuk itu, kalu korang berhasrat nak membeli barang-barang, tak kisah la barang dapur ke, barang toiletries ke, baju ke, korang leh beli di beberapa tempat berikut:

- Sing Kwong ( di Medan Raya)
- Farley ( di Medan Jaya, depan Sing Kwong)
- New World ( kat Parkcity Mall)

Farley Bintulu

 ade lagi tempat-tempat lain.. tapi aku fokuskan kat 3 tempat utama tu lah.. kalu kat cni, tu la Tesco, tu la Giant n tu la Jusco.. n cni xde berlambak kedai 7eleven.. yang ada, kedai serbaneka 24jam yang lagi murah dari 7e.. n ni xde roti gardenia.. hahahaha.. xyah berangan la nak makan gardenia kat cni.. kat cni keutamaan utk menjual roti diberi kepada syarikat tempatan seperti Chef, Nina Bakery, SK Bread, Daily Fresh dan sebagainya..
 

4.0. KEMUDAHAN KESIHATAN


Di Bintulu, terdapat banyak pusat kesihatan yang disediakan. Baik kerajaan, mahupun swasta. Kalu nak ke pusat kesihatan kerajaan, ade Hospital Bintulu, yang terletak di Nyabau, kira-kira 10 minit dari Pusat Bandar. Selain tu, Klinik Kesihatan Bintulu jugak ade, terletak di kawasan Parkcity, kira-kira 2 minit dari Pusat Bandar. 

Hospital Bintulu

 Kalu nak yang swasta lak, ktorang ade Columbia Asia Hospital, yang teletak di Kidurong, kira-kira 10 minit dari Pusat Bandar, ktorang ade Bintulu Medical Centre yang teletak di Medan Jaya. Malahan, klinik-klinik swasta memang berlambak di Bintulu. Jadi, insyaAllah, xde masalah untuk anda mendapatkan rawatan biasa atau rawatan kecemasan.
 
Columbia Asia Hospital of Bintulu


5.0. TEMPAT ISTIREHAT

Walaupun Bintulu merupakan Bandar perindustrian utama dan Kota Tenaga Sarawak, namun, keindahan semulajadinya masih lagi tip top. Kalu korang nak merehatkan minda n santai-santai, leh ajew lepak di Pantai Tanjung Batu, di Taman Negara Similajau. 

Taman Negara Similajau
 
Kalu suke exercise, leh jogging di sepanjang pantai ni. Kalu suke jungle trekking, leh try jungle trekking kat cni. Memang best. N kalu nak ilek-ilek ngn member, nak lepak-lepak, kat Bintulu ade banyak tempat lepak. Leh lepak kat kedai makan, lepak kat Taman Koridor Pembangunan Bintulu, Taman Millenium, Waterfront n taman-taman yang lain ble korang explore sendiri nanti.


Bintulu Waterfront


  6.0. INSTITUSI PENDIDIKAN DI BINTULU
Di bintulu, terdapat IPTA yang ntah berape lame dah kat sini, aku pun tak ingat, iaitu; Universiti Putra Malaysia (UPM).. UPM terletak dekat ngan Medan Jaya n terletak jugak kat Nyabau. 

Selain tu, skolah yang ade kat area pusat Bandar Bintulu ialah, SK Kampung Baru, SK St Anthony, SK Agama Bintulu, SK Chung Hwa, SK Chung Hwa 2, SK Siong Boon, SK Bintulu, SK Assyakirin, SK Kidurong, SK Kidurong 2, SK Orang Kaya Mohamad, SK Tanjung Batu, n bnyak ag lah, aku pun tak ingat dah. Manakala, utk skolah menengah, ade SMK Bandar, SMK Bintulu, SMK Baru, SMK Kidurong, SM Kai Dee, Kolej Vokasional Bintulu, SMK Assyakirin n bnyak ag. Jadi, sape yang dapat posting kat salah satu skolah ni, urusan korang senang ckit. Sebab dekat ngn Bandar.

Untuk siswa-siswi pendidik yang dapat posting di Bintulu, ni merupakan alamat, contact number n map Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu. Landmark yer, yer tepi jalan besar, terletak betul-betul depan SMK Bintulu, dekat ngan Medan Raya.

Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu,
KM 5, Jalan Sultan Iskandar,
97000, Bintulu, Sarawak.

no tel : 086 317 244 / 086 331 627
fax : 086 336 639
email: ppdbintulu@moe.gov.my

MAP

webpage Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu



7.0. DAERAH-DAERAH LAIN DI BINTULU



Di Bintulu, terdapat juga daerah-daerah lain seperti Tatau, Sebauh, Nyalau, Samalaju dan sebagainya. Untuk ke daerah ini, anda boleh jew pg. Jarak daerah ni dengan Pusat Bandar lebih kurang 1 jam sehingga 1 jam 30 minit. Kalu nak pergi, cadangan aku, pgi ngn kenderaan sendiri. Supaya korang sendiri leh explore tempat-tempat ni n lebih selesa. Kalu xnak guna kete sendiri, leh gune van sewa, teksi, bas dan segainya.



 8.0. NASIHAT


Nasihat aku buat korang yang first time datang Bintulu, jangan bimbang, jangan takut. jgn lupe like n join page Bintulu News kat fb utk latest info mengenai Bintulu, Bintulu Trafic Info, utk berita trafik terkini.. Bintulu is surely a great place to live. Orang Bintulu memang baik-baik belaka. ade gak 2-3 ekor yang nakal-nakal, biasala, dalam setandan pisang, tak sumenye elok kan.. ape-ape pun, kalu korang pandai jaga diri, jaga masyarakat di sekeliling korang, insyaAllah, korang akan hidup happy n aman di Bintulu. :v

sebelum tu, aku nak belanje korang tengok video pendek pasal Bintulu.. video ni bukan aku yang buat tau, YouTubers yang buat.. enjoyy..~





Sekian aje la daripada aku.. sorie sbb taip panjang-panjang.. aku betul-betul nak bagi pencerahan at least sedikit kat korang, especially senior-senior aku yang bakal posting ke Bintulu kelak.. kalu korang ade mende nak tanye, leh singgah kat fb aku, jgn komen cni, sbb aku jarang giler update blog ni.. hehehe.. sekian, assalamualaikum.. :v

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan