Isnin, 14 Mac 2011

CHAPTER 10 : SARAWAK, 'THE LAND OF HORNBILLS'

as salam.. perrghhh.. da bersawang tahap giler da blog aku.. pada entry khas buat kali ke-10 ni, aku post agar segenap lapisan bangsa boleh bce.. 


SARAWAK~ THE LAND OF HORNBILLS... ape bnde la kat ctu ea..??





"ORANG SARAWAK MASEH DUDOK ATAS POKOK KE??"


"ORANG SARAWAK PAKAI CAWAT + MENYUMPIT SANA- SINI"


"SARAWAK DALAM MALAYSIA KE??"


hurm... itu la first impression masyarakat terhadap sarawak.. 


aku pun hairan + pelik, kenape la dyorang berfikiran macamtu sangat.. 


aii, ade aku ketok jugak kpale dyorang ni kang.. tapi, mak aku ade pesan,


"erol, kite takleh marah kat orang yang tak tau.. rasulullah pun tak wat cmtu tau.."


well, owkay, fine.. aku anggap korang tak tau ea.. jadi, aku, sebagai salah seorang anak sarawak, nak menahukan korang.. 






REALITI NYA..!!


ahahahhahaha..!!! aku da nak tergelak bile orang cakap macam tu skang nih.. adoyai.. knape la korang ni, kesian aku tengok.. 

TAK.. kitorang tak dudok atas pokok... tidak ade pon.. kalau ade, bebudak kecik yang main pondok-pondok kat atas pokok.. tu pun, dyorang tak la sampai tido kat ctu.. itu melampau namenye.. hahaha..!

kitorang skang, dudok DALAM UMAH.. umah kitorang, ATAS TANAH.. tak kire la dyer secara mutlak atas tanah, or, rumah kampung2 yang tinggi dari tanah (untuk mengelakan air bah masok umah).. kebanyakan sarawakians tinggal kat umah byase (teres, flat, kondo dsb).. tapi, ade jugak segelintir yang tinggal kat rumah panjang (siyesly panjang giler..).. korang nak tau mende rumah panjang..?? disebabkan korang malas nak google rumah panjang, ni ha, aku kongsi sedikit pasal rumah panjang..

salah satu rumah panjang moden

rumah panjang gilerr

ha, see, mane ade atas pokokk.. atas tanah tuuu.. besides, kat sarawak ade 11 bahagian, iaitu,

1. Kuching.

Kuching ialah ibu negeri Sarawak.. yess, kat cni, bnyak bnde boleh korang jumpe.. yang paling best, dyer punye waterfront yang mane, kat seberang tu, bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak. malahan, The Spring (shopping mall), toksah cite lah.. best...

Bandaraya Kuching, Sarawak

stylo tak stylo..?


2. Kota Samarahan.

yup, Kota Samarahan.. untuk pengetahuan korang, Kota Samarahan dinobatkan Kota Ilmu.. knape..? yeah, sbb kat Kota Samarahan ni terletaknya universiti- universiti tempatan.. ade Universiti Sarawak Malaysia, Universiti Teknologi MARA, n banyak lagi institusi pendidikan yang lain.. korang pgi la sndiri.. 1 jam dari bndaraya Kuching kalau tak silap..


Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Teknologi MARA, Kota Samarahan.

3. Betong.

untuk pengetahuan korang, Betong ialah bahagian ke-11 dalam Sarawak. Betong juga merupakan bahagian pentadbiran yang paling kecil kat Sarawak.. akan tetapi, Betong ni jugaklah bahagian yang paling cepat membangun.. macam Dubai.. tak lame lagi, Betong macm Dubai lah.. hehehee..
Bandar Betong.

4. Bintulu.

yes, now, we have come to the Gran Finale.. bahagian BINTULU.. yess, untuk pengetahuan korang, aku lahir kat sini lah, bumi bertuah, BINTULU.. kalau korang nak tau, dulu, Bintulu merupakan daerah Miri, tapi, lame2, Bintulu di'upgrade' menjadi bahagian.. Bintulu jugak ade Kompleks LNG (Liquefied Natural Gas) yang TERBESAR DI DUNIAAAA...!! (google la kalau tak caye).. n pelabuhan Bintulu jugak merupakan salah satu pelabuhan ter'advance' n terdalam kat Sarawak.. fuuyyoo..

Bandar Bintulu
*tanah tumpah darahku
PETRONAS LNG Complex

pelabuhan Bintulu.



5. Kapit.

bahagian Kapit. Bahagian kapit ialah bahagian yang ke-7 Sarawak.. merupakan bahagian yang TERBESAR kat sarawak.. kalau tengok map, hampir sparoh negeri Sarawak ialah bahagian Kapit.. yang paling best kat ctu, ialah perjalanannya.. untuk ke Kapit, ade 2 cara.. iaitu, melalui darat or air.. yes.. yang paling best, melalui air.. untuk ke Kapit, korang akan naek bot express (korang gelar feri).. bot express yang pegi kat Kapit nih, bukan calang2 bot.. bot yang power punye.. sbb bot ini akan meredah salah satu jeram yang ada kat sg rajang, iaitu, JERAM WONG PELAGUS.. pgi youtube, korang tengok, betapa gilernye jeram tu..

Bandar Kapit dari seberang sungai.
bot express menongkah arus di Wong Pelagus

pilot yang professional..
*perghh..
dermaga Kapit mase cuti

6. Limbang.

Limbang ialah bahagian ke-4 terbesar di Sarawak selepas Kapit, Miri dan Bintulu.. da 2 kali aku pgi kat sni kalau tak silap.. yes.. bandar Limbang, siyesly mententeramkan jiwa ragaku.. yang paling best n uniknye Limbang ni, kalau korang tengok kat map, Limbang ni memisahkan negara Brunei menjadi 2 bahagian.. so, macam aku ari tu, pgi Sabah je (on road), kne lalu 8 check point (imigresen).. hehehe.. baru pgi sehari, da blambak stamp kat passport..
Bandar Limbang.

kan..? Brunei menjadi 2 bahagian, tengah2 tu, Limbang.

7. Miri.

yeah, sekarang, kite pgi jiran Bintulu.. bahagian Miri.. bahagian Miri ialah Bandaraya ke-2 Sarawak selepas Bandaraya Kuching.. Miri terkenal dengan status Bandaraya Peranginan.. yes, kalau korang nak bercuti, korang singgah2 la di Miri.. kat ctu, banyak tempat untuk korang merehatkan minda... n untuk pengetahuan korang, Lapangan Terbang Miri ialah lapangan terbang ke-3 tersibuk kat Malaysia.. yeahh.. knape? sebab Lapangan Miri ialah hub penerbangan luar bandar kat Sarawak.. bayang je, dalam setahun, dyorang handle 1.5 juta penumpang.. perghh.. mane nye tak sibuk..

Bandar Miri.

Miri City Fan

8. Mukah.

kita bergerak ke bahagian Mukah pulak ea.. yeah.. bahagian Mukah ditubuhkan pada tahun 2002.. bahagian Mukah merupakan tempat kelahiran Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Hj.  Abd Taib Mahmud... perbezaan Mukah dulu n skarang, memang berbeza.. Mukah jugak lah salah satu bahagian yang paling cepat membangun kat Sarawak.. kat Mukah jugaklah majoriti penduduknya Melanau.. macam2 ade kat Mukah, ade Politeknik Mukah, ade Taman Mukah, ade Jambatan Mukah, n paling best, Mukah ade Pesta Kaul.. layaannzz...

Taman Mukah.
Bandar Mukah.
permainan 'Tibau' yang dimain mase Pesta Kaul



9. Sarikei.

yes, kite da sampai kat Sarikei.. kalau kat cni, Sarikei terkenal dengan lada n nanas.. sebab ape, yeah, Sarikei ialah pengeluar lada TERBESAR kat Malaysia.. selain tu, kalau korang pgi kat dermaga Sarikei, korang akan tengok buah nanas TERBESAR.. tak caye..?? percayelah..

Bandar Sarikei.
ha, kan besar nih..


10. Sibu.

yess, Sibu.. Sibu merupakan kampung halamanku.. :) kampung aku terletak di Kampung Nangka.. siyes, banyak kenangan terindah mase aku kcik2 kat ctu dulu.. ok, sibu merupakan pengeluar balak TERBESAR di Sarawak.. ha ah, siyes.. kalau korang menyusuri sungai Rajang, korang akan bosan tengok kilang kayu kat tbing sungai.. kapal angkut balak toksah cter lah, memang rajin lalu kat sg. Rajang.. n kat sibu lah terletaknya bangunan TERTINGGI di Sarawak, iaitu, Wisma Sanyan (pun, owner balak)..tinggi nya, 124m..

Bandar Sibu.
Wisma Sanyan.


11. Sri Aman.

Sri Aman.. atau dahulunya dikenali sebagai Simanggang.. kalau kat cni, Simanggang fames sbb Sri Aman ialah kawasan pertanian TERBESAR di Sarawak.. yeah.. korang nak ape..? cakap je, sume ade kat ctu.. hehehe... malahan, Sri Aman jugak terkenal dengan Pesta Benak.. yup.. one of the world's wonder.. tak banyak kat dunia ade benak...

Bandar Sri Aman
ombak 'benak'
Timbalan Ketua Menteri Sarawak promote benak

2. KENAPE...??!!

kenape korang macamtu..?? kanape ade sesetengah pihak yang maseh beranggapan yang kitorang ni dudok atas pokok la, ape la.. kenape..?

jawapannya senang.. MEDIA.. 

"who ever control the media, he control the world.."

yess, media telah berjaya kontrol korang.. ni la masalahnye.. iklan Sarawak je, hutan la, orang pakai cawat atas bot la, menyumpit la, n macam2 lagi lah.. sbb tu lah, sudah di set kan mind korang pasal bende tu.. tapi, kenape media macam tu ea..??

ha, da cakap da.. sarawak je, bnde ni la klua

korang ade mnatang nih..??

yeah, sebab, itulah keunikan Sarawak.. korang ade..?? takde beb..! pada hakikatnya, tak ade kat cni kecuali, di Kampung Budaya, Sarawak.. tu fesyen zaman dahulu kala...


3. KONKLUSINYA..~

kenape aku tetibe post macam ni ea..?? siap ade konklusi lagi.. macam buat assignment la pulak kan..?? hehehe.. 

konklusinya, aku post macam ni, untuk mengeratkan jurang antara kita.. untuk mengubah mind set sesetengah dari korang yang 'kolot' yang mengatakan kitorang 'kolot'.. hehee.. sori kalau pedas, tapi, itu lah hakikatnya.. sbb, kebanyakan orang suka memperlekehkan kitorang, menghina kitorang, mencarut ntah ape2 sal kitorang.. memang sakit hati.. 

*click untuk tumbesaran saiz dewa

sape tak sakit hati, bile ade orang hine kitorang..?? tu baru satu.. ade banyak lagi.. korang pun tau kan..?? hai yaa.. lai laa..!! mai cni, aku ketok kepale dyer.. sesetengah dari korang sepatutnya dah advance dari kitorang, da ceredik dari kitorang, sepatutnya, berakal lebih.. fikir2 lah key.. no offence..



well, aku da kongsi sikit ngan korang pasal Sarawak.. kalau nak lebih detail lagi, korang research sendiri ea.. aku nak pgi tido dulu..!! as salam..!! 

:D



















5 ulasan:

  1. yang pic universiti teknologi mara tu salah lah...bukan UITM...Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS lah) hehehhehe

    BalasPadam
  2. i like it.. try my blog.. http://sarawakkamek.blogspot.com

    BalasPadam
  3. alamak..ade blog rupenya...
    so, this is ur job to promote ur country la...
    akk pun teringin sgt nk g sana tapi takde rezeki lg..doa2kan akk smpai sarawak k...nak tour st srawak yg penting laksa sarawak mesti mau rasa...

    BalasPadam
  4. terbaekkkkk!!tq..i like this entry..kamek bgga jdi ank swak..O_o

    BalasPadam